Rabu, 31 Oktober 2012

PEMASANGAN KOMPUTER




PEMASANGAN KOMPUTER PERIBADI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  • Memasang komponen komputer peribadi
  • Menformat dan membuat partition cakera keras
  • Memasang sistem operasi , perisian aplikasi dan program utiliti.
TAHAP PEMASANGAN KOMPUTER

Tahap pemasangan komputer terdiri daripada :

A. PERSIAPAN
B. PERMASANGAN
C. PENGUJIAN
D. PENANGAN MASALAH (TROUBLE SHOOT)

PERSIAPAN

Persiapan yang baik adalah memudahkan dalam pemasangan komputer bagi menghindari permasalahan yang mungkin timbul . Persiapan meliputi aspek :-

  1. Penentuan konfigurasi komputer
  2. Persiapan komponen dan kelengkapan
  3. Keselamatan
>
Penentuan Konfigurasi Komputer :  Konfigurasi komputer iaitu penentuan jenis komponen dan fungsinya serta bagaimana komponen tersebut bekerja sebagai sebuah sistem komputer. penentuan komponen komputer dimulakan dari jenis prosesor, papan induk (motherboard) dan komponen lain-lain. Faktor kesesuaian (compatable) dari komponen terhadapa papan induk harus diberi perhatian kerana setiap jenis papan induk mempunyai jenis prosesor, modul memori, port dan I/O bus yang berbeza.

Persiapan Komponen Dan Kelengkapan : Komponen komputer perlu disediakan terlebih dahulu dan peralatan kelengkapan adalah seperti :
  • Komponen komputer
  • Kelengkapan komponen seperti kabel, skru, jumper dan bolt
  • Buku manual dan rujukan 
  • Alat bantu seperti skru driver flat dan philips
  • Perisian sistem operasi , device driver dan perisian aplikasi
Keselamatan : Langkah keselamatan perlu diambil berat bagi menghindari seperti kerosakan komponen oleh elektrik statik, jatuh, chip patah, overheating dan tumpahan cecair. Pencegahan elektrik statik dengan caran menggunakan gelang anti stati atau menyentuh permukaan logam pada casing sebelum memegan komponen untuk membuang cas elektrik.


PEMASANGAN

Langkah- langkah pemasangan komputer adalah seperti berikut :


Papan Induk (Motherboard
1.Penyediaan Papan Induk (Motherboard) Memeriksa buku manual papan induk bagi     mengetahui posisi kedudukan kelengkapan komponen.


2. Memasang Processor (CPU)
Cara pemasangan prosessor mengikut jenis  slot yang berbeza iaitu sama ada prosessor   INTEL atau AMD :
  • Tentukan posisi pin pada prosessor dan socket prosesser di papan induk , biasanya ia terletak di hujung yang ditanda dengan titik, segitiga atau lekukan.
  • Tegakan posisi tuas penguci socket untuk membuka.
  • Masukkan prosessor ke soket dengan terlebih dahulu menyelaraskan posisi kaki-kaki- prosessor dengan lubang socket kemudian rapatkan hingga tidak terdapat ruang antara prosessor dengan soket
  • Turunkan kembali tuas penguci.
Pemasangan Prosessor

Pemasangan Heatsink
3. Memasang Heatsink
Fungsi heatsink ialah membuang haba panas yang dihasilkan oleh processor.Heatsink perlu dipasang rapat pada bahagian atas prosesor dengan beberapa clip dan permukaan pada heatsink dilapisi oelh gen penghantar panas (thermal grease). Heatsink dilengkapi kipas dengan menghubungkan connector power pada kipas ke motherboard.


4. Memasang Modul Memori (RAM)
Langkah seterusnya, adalah pemasangan modul memori (RAM). Pastikan pemilihan modul RAM disokong oleh papan induk dan jika ingin memilih lebih dari satu modul RAM pastiskan RAM tersebut adalah dari jenis yang sama.

Pemasangan Modul RAM
Langkah Pemasangan
  1. Pastikan slot RAM dan bilangan slot RAM yang ada pada papan induk.
  2. Setiap sisi slot RAM terdapat dua ejector tab dan pastikan ejector tab berada pada sisi buka dengan menekan ke arah luar ejector tab tersebut.
  3. Modul RAM terdapat notch (lekukan) ia betujuan menegelakan salah pemasangan. Setelah posisi notch pada modul RAM dan slot RAM sama masukan moedul RAM ke dalam slot RAM secara menegak
  4. Tekan modul RAM ke bawah sehingga ejector tab berbunyi klik pada notch yang terdapat pada sisi modul RAM

Langkah Pemasangan modul RAM
5. Memasang Papan Induk Pada Casing
    Papan induk dipasang ke casing dengan skru dan holder. Cara   pemasangannya :
  1. Menentukan posisi lubang bagi setiap kedudukan plastik dan logam. Lubang untuk kedudukan logam (metal spacer) ditandai dengan cincin pada tepi lubang.
  2. Pasang metal holder atau plasti pada tray casing sesuai dengan posisi setiap lubang kedudukan papan induk.
  3. Tempatkan papa induk pada tray casin sehingga kepala holder kelua dari lubang pada papan induk, Pasang skru pengunci pada setiap metal holder.
  4. Pasang bingkai port I/O pada papan induk(jika ada).
  5. Pasang tray casing yang sudah terpasang dan kunci dengan skru.

6. Memasang Bekalan Kuasa
  1. Masukan bekalan kuasa pada rak di belakang casing dan memasang empat biji skru pengunci.
  2. Hubungkan connector power dari bekalan kuasa ke papan induk. Conector power ATX hanya memiliki satu cara pemasangan sehingga tidak akan terbalik.
7. Memasang Kabel Papan Induk Pada Casing
8. Memasang Drive
9.Memasang Card Adapter

Share on :

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: SUB TOPIK ::.

 

.:: Disclaimer ::.

Terma dan Syarat

Kandungan yang disediakan di blog ini adalah bertujuan untuk maklumat kepada pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kesalahan maklumat yang terdapat di dalam blog .Pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian dan kerosakan daripada paparan maklumat atau penggunaan maklumat tersebut.

Komen Pada Blog :
Pemilik adalah bertanggungjawab mengubah ataumemadamkan mana mana komen yang di hantar di dalam bog ini sama ada dari segi spam, komen yang tidak senonoh , menyinggung perasaan orang lain...





.:: Contact Us ::.

DPLI - IT UnisZa Group B

Group Compsys6


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Gong Badak Campus

Gong Badak

21300 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

MALAYSIA

Email Group : compsys6@yahoo.com

.:: Followers ::.