Ahad, 25 November 2012



      Assalammualaikum, kami mengucapkan Selamat Datang ke blog kami . Blog ini adalah sebahagian daripada sumber maklumat di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 4 merangkumi topik Sistem Komputer. Pelajar dapat memperolehi maklumat yang berkaitan topik sistem komputer seperti Konsep Sistem, Perkakasan, Perisian, Pemasangan Komputer Peribadi dan Perkembangan ICT. Melalui blog ini pelajar juga dapat berkongsi pandangan melalui Forum yang disediakan. Selain itu, latihan berupa Kuiz Online dan contoh-contoh soalan  disediakan bagi meguji kefahaman pelajar. Segala nota-nota tentang topik sistem komputer boleh dimuat turun untuk dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan pelajar. Semoga bahan yang disediakan dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar Tingkatan 4 bagi topik SISTEM KOMPUTER.....SEKIAN TERIMA KASIH.......

Jumaat, 23 November 2012

PENGUKURAN KELAJUAN JAM ( CLOCK SPEED )

2.1.5 PENGUKURAN KELAJUAN JAM ( CLOCK SPEED )
  • Kelajuan Jam CPU merujuk kepada frekuensi CPU melaksanakan arahan-arahan atau CPU memproses data kepada maklumat.
  • Kelajuan jam pula ialah sekerap mana CPU "berdetik" dalam sesaat. Setiap kali CPU berdetik, setiap satu arahan akan dilaksanakan.
  • Setiap arahan yang dilaksanakan pula merujuk kepada satu kitaran pemprosesan maklumat yang lengkap iaitu bermula dari angkut ( Fetching ), Terjemah ( Decode ), Laksana ( Execute ) dan Simpan ( Storing ). 
  • Semakin laju kelajuan jam, semakin pantas komputer mampu memproses maklumat. 
  • Kelajuan jam diukur dalam unit hertz dan saat iaitu satu kitaran per saat.
  • Terdapat dua ukuran bagu Kelajuan Jam CPU iaitu Megahertz ( MHz ) dan Gigahertz ( GHz).
a) Megahertz ( MHz )

Merujuk kepada seribu pusingan kitaran pemprosesan maklumat dalam sesaat.
Contoh: CPU yang berkelajuan 900 MHz akan berdetik atau membuat 900 ribu kali kitaran pemprosesan maklumat dalam sesaat.
                      
b) Gigahertz ( GHz )

Merujuk kepada bilion kitaran pemprosesan maklumat dalam sesaat.
Contoh: CPU yang berkelajuan 1.0 GHz adalah bersamaan 1000 MHz. Jika CPU berkelajuan 100 GHz akan berdetik atau membuat 200 bilion kali kitaran pemprosesan maklumat dalam sesaat. 



PEMETAKAN DAN PEMFORMATAN CAKERA KERAS

Hasil Pembelajaran

  • Memformat dan memetakan cakera keras

PEMASANGAN PERISIAN

Hasil Pembelajaran

  • Memasangan sistem pengoperasian , perisian aplikasi dan program utiliti

Khamis, 22 November 2012

STORAN

2.2 PERKAKASAN
2.2.4 STORAN

Hasil Pembelajaran :

  1. Menjelaskan jenis dan fungsi storan :
    • Storan Utama (RAM, ROM)
    • Storan Kedua (Medium Magnet, Magnet Optik, Ingatan Kilat
2.2.4 Storan
Rajah 2.31: Contoh Peranti Storan
  • Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa. Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
  • Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu
    • Storan primer 
    • Storan sekunder
  • Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory)
  • Sementara itu, storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program komputer dan dokumen. 
  • Storan primer pada sesebuah komputer bersifat 'volatile' atau meruap manakala storan sekunder adalah 'non-volatile' atau tidak akan terjejas walaupaunn arus tidak lagi melaluinya.
  • Muatan data di dalam peranti storan, utama atau sekunder, disukat dengan menggunakan sukatan bait iaitu KB(kilobait, MB(megabait), GB(gigabait) dan TB(terabait).

Pengukuran Data Dalam Sistem Komputer.

BIT = A BINARY DIGIT SET TO EITHER A '1' OR '0'
BYTE = 8 BITS
KB   KILOBYTES = 1,000 BYTES
MB   MEGABYTES =  1,000,000 BYTES
GB   GIGABYTES = 1,000,000,000 BYTES
TB   TERABYTES = 1,000,000,000,000 BYTES
PB   PETABYTE = 1,000,000,000,000,000 BYTES
EB    EXABYTE = 1,000,000,000,000,000,000 BYTES
ZB   ZETTABYTE = 1,000,000,000,000,000,000,000 BYTES
YB   YOTTABYTE = 1,000,000,000,000,000,000,000,000 BYTES

i - Storan Primer (RAM, ROM)
  • Storan primer berada berasingan dengan CPU tetapi ia selalu berinteraksi atau dicapai oleh CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu  :
    • Ingatan Capaian Rawak (RAM)
    • Ingatan Baca Sahaja (ROM) 
    Ingatan Capaian Rawak (RAM)
  • RAM merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU. Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suiz elektrik dimatikan, semua data yang disimpan dalam RAM akan hilang.  
  • Fungsi RAM adalah seperti berikut :
  • Rajah 2.32 : RAM
    • Menyimpan aturcara sistem pengendalian dan perisian sistem yang bertindak sebagai antara muka di antara perkakasan dan aturcara aplikasi dan juga mengawal sumber komputer.
    • Menyimpan aturcara perisian aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data semasa perisian tersebut digunakan.
    • Menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima untuk peranti input atau storan sekunder untuk diproses atauuntuk dihantar ke peranti output atau storan sekunder selepas pemprosesan.
    • meyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan.
    • Menyediakan ruang storan tambahan kepada aturcara atau data jika diperlukan. ini berlaku jika komputer mempunyai ruang storan ingatan yang berlebihan.

     Ingatan Baca Sahaja (ROM)
Rajah 2.33: Cip ROM

  • Cip ingatan baca sahaja (ROM) mempunyai aturcara yang dimuatkan semasa pengilangan. Ciip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna. Ia telah ditetapkan semasa diperingkat kilang lagi.
  • "Baca sahaja" bermaksud CPU boleh membaca atau mencapai aturcara yang ditulis dalam cip ROM. Di antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer, kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set aturcara rutin asas dalam komputer.

Rajah 2.34: Konfigurasi BIOS

  • BIOS boleh dilihat semasa komputer mula-mula dihidupkan. Ia memaparkan maklumat perkakasan komputer dalam beberapa saat sahaja. Untuk mencapai atau mengkonfigurasi BIOS, anda boleh menekan beberapa kunci seperti DEL atau F2 atau F10 pada papan kekunci.
  • Fungsi ROM adalah untuk menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti arahan menghidupkan komputer, bahasa penterjemah aras tinggi dan sistem pengoperasian.

ii - Storan Sekunder
  • Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa.
  • Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dihapuskan. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dalam bentuk magnetik, optik atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga.
  • Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.
      Fungsi Storan sekunder adalah seperti berikut :
  •  Menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa.
  • Menyimpan program sistem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah komputer.
  • Menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utiliti seperti Microsoft Office, Winrar, Kaspersky , Antivirus dan sebagainya.

       Antara jenis-jenis storan sekunder ialah :



Jadual 2.5: Storan Primer dan Storan Sekunder

Rajah 2.38 : Pergerakan Data di antara Storan


PAPAN INDUK

2.2 PERKAKASAN
2.2.3 PAPAN IDUK

Hasil Pembelajaran :
  1. Mengenalpasti lokasi Unit Pemprosesan Pusat (CPU), slot pengembangan, Slot RAM, parts dan connectors pada papan induk.
2.2.3 Papan Induk

         Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sesebuah komputer.
         Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan. Antaranya ialah Slot Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Slot dan Kad Pengembangan, Slot RAM, Parts dan Connectors.  
Rajah 2.26 : Papan Induk

i - Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Rajah 2.27: Lokasi CPU dipasang
  • CPU merupakan nadi kepada komputer. Ia merupakan cip kecil yang bertugas dalam memproses data pada kelajuan yang tinggi.
  • Ia dipasang pada papan induk dan disejukkan dengan sistem pendingin kipas. Pemasangan CPU mestilah menepati spesifikasi papan induk yang telah ditetapkan dari kilang.
  • CPU dilekatkan pada soket yang telah ditetapkan mengikut jenis CPU. Contohnya, jenama INTEL, AMD dan sebagainya.
  • Biasanya lokasi CPU adalah terletak ditengah-tengah papan induk dan dilitupi sistem penyejuk kipas.

ii - Slot dan Papan Pengembangan (Slots dan Expansion Cards)
Rajah 2.28: Cara CPU dipasang
  • Slot  pengembangan adalah soket pada papan induk yang membolehkan kad pengembangan dipasang.
  • Kad pengembangan juga disebut papan tambahan atau adapter atau kad. Ia adalah papan litar yang memberikan lebih kawalan untuk peranti input dan memberi hasil yang lebih bagi peranti output.
  • Kad pengembangan dipalam ke slot dalam unit sistem. Port di kad membolehkan kabel disambung dari kad tambah ke peranti yang berada di luar unit sistem.
  • Antara kad pengembangan yang biasa dipasang adalah :


iii - Slot Ingatan RAM
Rajah 2.29: RAM


Slot ingatan RAM merupakan slot untuk menematkan cip RAM. Kebanyakan komputer mempunyai senibina terbuka, iaitu kita boleh membuat tambah ke atas ingatan-RAM. Cip RAM akan dipalam ke slot pada papan induk untuk memberi lebih ingatan dan seterusnya menambah keupayaan komputer dalam menyimpan lebih banyak arahan dan data sebelum dan selepas diproses.



iv - Ports dan Connectors Pada Papan Induk


Rajah 2.30: Port Pada Papan Induk
Port adalah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem. Port membolehkan peranti perisian atau input/output dipalam atau dihubung kepada komputer dan membolehkan peranti tersebut boleh berkomunikasi dengan sistem komputer. Kabel pula digunakan untuk menyambungkan peranti input dan output ke unit sistem melalui port seperti gambarajah di bawah :






PERANTI OUTPUT

2.2 PERKAKASAN
2.2.2 PERANTI OUTPUT


Hasil Pembelajaran :

  1. Mengenalpasti Peranti Output yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video.

2.2.2 Peranti Output
  • Peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna.
  • Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. diantara contoh-contoh peranti output adalah seperti :
i - Monitor
Rajah 2.22 : LCD Monitor
    

    Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan komputer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube, LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.



Rajah 2.23: Projektor LCD

ii - Projektor LCD

     Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau kawasan yang luas.



iii - Pencetak
Rajah 2.24 : Pencetak
      Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenalai salinan Hard Copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai Soft Copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah Pencetak Bubble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.



Rajah 2.25 : Pembesar Suara
iv - Speaker Audio
      Speaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.

PERANTI INPUT

2.2 PERKAKASAN
2.2.1 PERANTI INPUT


Hasil Pembelajaran :
  1. Mengenalpasti Peranti Input yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video.

2.2.1 Peranti Input

  • Peranti input adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar data ke komputer. Tanpa peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
  • Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta sebagai output.
  • Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh dikategorikan mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :
i - Teks
  1. Papan Kekunci (Keyboard)
Rajah 2.11: Papan Kekunci
          Merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci. pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.



ii - Grafik

Rajah 2.12: Mesin Pengimbas

    1.  Mesin Pengimbas
          Peranti in menukarkan imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.



     2.  Kamera Digital
Rajah 2.13: Kamera Digital
     

       Kamera Digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.


   
 3.  Pengimbas Kod Bar
Rajah 2.14: Pengimbas Kod Bar
     Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya yang mewakili nombor. Pengimbas Bar Kod digunakan untuk input data dari kod bar ke dalam komputer. Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan kod bar sebagai maklumat produk.







iii - Audio
Rajah 2.15: Mikrofon
      

   Peranti input audio digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital. Amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi seperti input. sedangkan peranti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input suara.





iv - Video
Rajah 2.17: Kamera Web
Rajah 2.16: Kamera Video
      Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.









v - Lain-lain
    1.  Skrin Sesentuh
Rajah 2.18: Skrin Sesentuh
        

        Peranti ini bertindak sebagai peranti input dan pada masa yang sama sebagai peranti output. Ia membenarkan pengguna memberikan arahan atau membuat pilihan dengan hanya menyentuh pada skrin. Contoh perkakasan yang mempunyai skrin sesentuh adalah mesin ATM Bank, telefon pintar, mesin kiosk dan mesin juruwang.



    2.  Peranti Penunjuk
Rajah 2.19: Tetikus
Rajah 2.20: Kayu Ria
         Peranti ini digunakan untuk memberi arahan berdasarkan kursur penunjuk (pointing cursor).


Jumaat, 16 November 2012

SISTEM PENGOPERASIAN (OS)


-- Artikel ini masih dalam proses pembikinan --

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  • Menyatakan fungsi OS
  • Menyatakan perbezaan antaramuka OS

DEFINISI
 - Sistem pengoperasian atau operating system (OS) adalah set program-program yang dipasang dalam cakera keras.
- Tanpa OS, sesebuah komputer langsung tidak berguna atau tidak beroperasi.
- Antara tugasan OS ialah
         o  mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan
         o  menyedia antara muka pengguna
         o  membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pengguna


OS bertindak mengkordinasi perkakasan dan perisian


JENIS-JENIS OS PADA PLATFORM BERBEZA
 - Platform adalah kombinasi perkakasan komputer dan sistem pengoperasian yang berbeza untuk membolehkan perisian lain beroperasi bersamanya.
- Platform yang berbeza melibatkan perbezaan dari semua segi iaitu senibina komputer, sistem pengoperasian, bahasa pengaturcaraan dan antara muka pengguna.
- 3 jenis platform berbeza ialah
         o  Platform PC atau keserasian IBM
         o  Platform Apple
         o  Platform Pelbagai (Cross-Platform)


Jenis Platform


FUNGSI OS
 - OS adalah set program komputer yang paling kompleks dan penting untuk komputer. Ia berfungsi dalam mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan seperti pemprosesan (CPU), ingatan utama (RAM), papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dll. Ia juga menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pelbagai pengguna.
- Antara fungsi OS ialah:

I)  Menghidup dan mematikan komputer
    - bertugas sebaik sahaja suiz komputer dihidupkan
    - perlu ditutup dengan arahan shutdown



II)  Menyediakan antaramuka pengguna (User interface)
    - membenarkan pengguna mencapai dan mengarah sistem komputer
    - pengguna boleh memasukkan data dan arahan serta mendapatkan maklumat dan informasi dari komputer




III)  Menguruskan data dan perisian lain
    - menguruskan data dan perisian lain yang disimpan dalam cakera keras
    - menguruskan perjalanan data dari komponen input kepada output dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder

IV)  Pengurusan ingatan utama (RAM)
    - mengawal dan menguruskan RAM agar ia dapat digunakan secara optimum dan terancang
    - menguruskan data yang tersimpan di dalam RAM agar ia dapat diproses atau untuk dihantar ke peranti output atau disimpan ke dalam storan sekunder selepas pemprosesan


V)  Mengurusan perkakasan
    - berfungsi untuk menyelaras dan menjejaki setiap perkakasan
    - memberi arahan kepada perkakasan agar mengikut tugas masing-masing berdasarkan arahan tersedia atau dari pengguna.
    - melibatkan komponen input, output, storan sekunder dan ingatan utama.



ANTARAMUKA OS
 - Adalah sebahagian daripada sistem pengoperasian yang anda dapat lihat dan berinteraksi dengannya, dengan program atau dengan pengguna lain.
- Kepentingan adalah membolehkan pengguna berinteraksi dengan perisian untuk mengawal cara kemasukkan data dan arahan serta cara maklumat dipaparkan.


- terdapat 3 jenis antaramuka pengguna iaitu:


I)  Pacuan perintah (command-based user interface)
    - b


II)  Pacuan menu (Menu driven)
    - b


III)  Antaramuka pengguna bergrafik (Graphical user interface)
    - b

Perbezaan antara OS




Rabu, 14 November 2012

PERWAKILAN DATA

2.1.2 Perwakilan Data

Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor ( bahasa mesin ).

Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan( binary ), perenambelasan ( hexadecimal ) dan perlapanan ( octal ). Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit.

i. Bit

  • Unit utama elektronik bagi data digital. Bit ditulis dalam bahasa asas dua sebagai "1" atau "0". 
  • Unit data terkecil yang boleh diproses oleh sesebuah komputer. Bit adalah singkatan bagi perkataan binary digit. 
  • Bit adalah nombor 1 dan 0. Nombor-nombor ini mewakili sistem binari. Ia akan mewakili arahan on dan off, true dan false atau yes dan no
ii. Bait
  • Unit yang terbina dari gabungan bit-bit. Satu bait bersamaan dengan 8 bit. Bait mewakili 256 aksara yang terdiri daripada kombinasi 0 dan 1. 
  • Satu bait mewakili satu aksara tunggal.
iii. Aksara
  • Satu aksara seperti S, K, Y, G, T, +, 7 dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan dengan 1 bait. Contohnya aksara S mewakili kod binari 01000110 yang hanya difahami oleh komputer. 

2.1.2.1 Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara. 

  • Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binari. ( binary system)
  • Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. 
  • Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait       (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-simbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan. 
  • Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama. 
  • Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman ( A hingga Z ) dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. 
  • Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini membolehkan kita menggunakan bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-perisian lain. 
1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)

1 Byte = 8 bit

8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC

16 Bit = 1 aksara UNICODE


2.1.3 Pengenalan kepada Pengekodan Binari

  • Komputer menggunakan kod binari untuk berkomunikasi. Salah datu kod binari yang meluas digunakan adalah kod American Standard Code for Information Interchange ( ASCII ). Kod ini diterimapakai oleh hampir semua komputer dan mesin elektronik. 
  • Kebanyakan papan kekunci ( keyboard ) komputer telah dipiawaikan dengan ASCII. Jadual di bawah menunjukkan contoh kod ASCII bagi beberapa aksara.

2.1.3.1 Fungsi Kod ASCII
  • Apabila pengguna menekan sebarang butang aksara, nombor atau kawalan pada papan kekunci, ia akan menghasilkan kod ASCII untuk dihantar ke CPU bagi membolehkan komputer memprosesnya dan menyimpannya di ingatan utama. 
  • ASCII mempunyai 128 karakter dan simbol yang diwakili oleh 8 bit nombor asas dua. 32 karakter pertama dalam ASCII mewakili arahan ( command ) yang digunakan untuk tujuan kawalan.
  • Setiap aksara akan ditukar kepada bentuk nombor perduaan yang sepadan. Komputer akan memproses aksara sebagai bait. Apabila selesai memproses bait, perisian di dalam sistem akan menukarkan semua kepada bentuk yang difahami dan dipaparkan di skrin komputer. 
  • Oleh itu, fungsinya dapat dilihat sebagai:
        i.  ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan sebuah komputer.
        ii. ASCII membolehkan pengeluar-pengeluar komponen komputer mengeluarkan 
            komponen yang boleh beroperasi dengan betul di dalam sebuah komputer. 
        iii. ASCII juga berfungsi untuk mencapai kesesuaian di antara pelbagai jenis peralatan 
            pemprosesan data. Seterusnya ia membolehkan peralatan ini berkomuniksi di antara    
            satu sama lain dengan sempurna.


2.1.4 Pengukuran Data
  • Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur mengikut urutan seperti rajah di bawah:
  • Unit terkecil dimulai dengan Bit, berasal dari perkataan Binary Digit terdiri daripada digit 0 dan 1 sahaja. 
  • Gabungan 8 bit menjadi 1 Bait. 1 Bait bersamaan dengan 1 aksara. 10 bait boleh bersamaan dengan 1 perkataan. 100 Bait boleh bersamaan dengan 1 ayat.
  • Kilobait ( kb ) adalah kira-kira 1024 bait, 1 kilobait lebih kurang sama dengan satu perenggan jika anda membaca, manakala 100 kilobait akan sama dengan satu muka surat.
  • Megabait (Mb) adalah kira-kira 1024 kilobait. 100 Megabait mungkin akan bersamaan dengan satu tajuk Ensiklopedia manakala 600 Megabait adalah bersamaan dengan jumlah data pada cakera CD-ROM.
  • Gigabyte ( Gb ) adalah bersamaan dengan 1024 megabait. 1 Gigabyte data adalah hampir dua kali ganda jumlah data yang terkandung di dalam CD-Rom.
  • Terabait ( Tb ) adalah kira-kira satu trilion bait, atau 1024 Gigabait. Terabait boleh digambarkan dengan menyimpan  kira-kira 300 jam video kualiti yang baik. 
Rajah 2.1 Ukuran Data

Jumaat, 9 November 2012

PERISIAN APLIKASI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  • Menyatakan jenis dan menghuraikan kegunaan perisian aplikasi iaitu (Pemprosesan Perkataan, Hamparan Elektronik, Persembahan Grafik)

DEFINISI
 - Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik.
- Perisian juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks, imej dan maklumat lain di laman web semasa melayari internet.
- Jenis perisian aplikasi ialah
         o  perisian pemprosesan perkataan
         o  perisian hamparan elektronik
         o  perisian persembahan
         o  perisian pangkalan data
         o  perisian grafik
         o  pelayan internet
         o  penerbitan meja


JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERISIAN APLIKASI

Pemprosesan Perkataan (Word Processing)



- Perisian yang boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki dan kepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan, surat menyurat, minit mesyuarat dll yang perlu ditaip.
- Kegunaan awam seperti menaip tugasan, surat, jurnal, log wayang gambar dll.
- Kelebihan perisian:
         o  mencipta dokumen dan menyunting semula
         o  mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dll.
         o  menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke dalam cakera
         o  mencipta di lain masa, mengubahnya, mencetak semula dll dengannya.
- Contoh: Microsoft Word, Lotus AMI Pro, Star Office Writer, Corel WordPerfect dan TexMaker


Hamparan Elektronik (Spreadsheet)


- Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada lajur dan baris apabila nombor-nombor ditukar.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh melakukan pengiraan automatik, boleh menganalisa dan merancang perniagaan serta berupaya menterjemah data ke dalam bentuk grafik/data.
- Kegunaan awam seperti dapat menyimpan data belanjawan persendirian yang melibatkan pengiraan yang kompleks dan dapat menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik ataupun bentuk cetakan.
- Kelebihan perisian:
         o  mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod
         o  menyusun dan menyisih rekod
         o  membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan berdasarkan formula.
         o  memeaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta
- Contoh: Microsoft Excel, Lotus 123 dan FoxPro


Perisian Persembahan (Presentation)


- Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan mengabungkan unsur animasi, audio, video dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti digunakan untuk mempersembahkan/membentang data dan idea kepada pelanggan atau orang awam. Elemen persembahan mungkin terdiri datipada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik niaga.
- Kelebihan perisian:
         o  menarik minat penonton/pengguna
         o  memberi motivasi kepada penonton/pengguna
         o  mudah difahami oleh penonton/pengguna
- Contoh: Microsoft PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus Freelance.



Pelayar Internet (Browser)


- Pelayar web adalah aplikasi untuk melayari internet. Ia menterjemahkan bahasa-bahasa pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat dipahami pelayar internet.

- Kelebihan perisian:
         o  menyimpan alamat (URL) sesuatu web kegemaran atau yang sering dilawati
         o  mencetak maklumat yang menarik dalam laman web
         o  menjejak sejarah laman web yang pernah dilawati sebelum ini
         o  memindah turun fail-fail seperti format fail pdf, mp3, doc dll
         o  membuat naik fail-fail tertentu ke komputer pelayan
- Contoh: Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Safari dan Opera.

Rabu, 7 November 2012

KONSEP SISTEM

2.1.1 Gambaran Keseluruhan Sistem Komputer


Gambar Rajah 2.1 Sistem Komputer


Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:-
                             
1) Memberi definisi sistem komputer
2) Menyatakan maksud peranti input, proses, output dan storan.
3) Menerangkan Kitaran Pemprosesan Maklumat termasuk input, proses, output dan storan.



2.1.1.1 Definisi Sistem Komputer

Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data ( input ) menerusi peranti-peranti tertentu seperti papan kekunci oleh pengguna. Data-data tersebut akan diproses ( proses ) menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan ( output ) menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak.
Maklumat tersebut juga boleh disimpan ( storan ) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.


Gambar Rajah 2.2 Sistem Komputer


2.1.1.2 Maksud input, proses, output dan storan. 
                           
i. Input

Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu.
Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
Peranti input mengkod maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital.


Kamera Digital
Mikrofon

Gambar 2.1: Contoh-contoh Peranti Input




ii. Proses

Komputer mempunyai unit melaksakan arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya kepada peranti output.

Ia dillakukan oleh Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ( Central Processing Unit ) yang berfungsi untuk memproses arahan, malaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer.

Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.

                                                     Gambar 2.2 : Unit Pemproses Pusat

iii. Output

Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input. Output akan di papar menerusi peranti output.

Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.
Pencetak
Pembesar Suara

Gambar 2.3 Contoh-contoh Peranti Output

iv. Storan

Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai diproses. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan untuk melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan. 

Peranti storan pula adalah medium yang digunakan oleh komputer untuk menyimpan data dan maklumat secara kekal atau sementara. 

Terdapat dua jenis storan:-
a. Storan Primer ( Primary Storage ) = RAM, Cache Memory, ROM.
b. Storan Sekunder ( Secondary Storage ) = Cakera Keras ( Hard-disk), Disket dan CD-ROM.
Pemacu Kilat
Cakera Keras


                                      Gambar 2.4 Contoh-contoh Peranti Storan


2.1.1.3 Kitaran Pemprosesan Maklumat Melibatkan Input, Proses, Output dan Storan

Komputer melaksanakan satu arahan dalam satu masa. Sebelum sesuatu arahan dilaksanakan, arahan dan data dari peranti input atau stroran kedua akan dipindahkan ke dalam ingatan utama ( RAM ).

Arahan dan data di masukkan ( input ) ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu seperti papan kekunci, tetikus dan sebagainya.

Kemudian arahan dan data tersebut dipindahkan ke dalam Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) untuk diproses. CPU berfungsi untuk mengawal semua aktiviti di dalam sistem komputer menerusi arahan-arahannya.

CPU terdiri daripada aritmetik logik ( ALU ) yang melaksanakan pengiraan Matematik dan unit kawalan yang mencapai arahan dari ingatan utama, menerima pengiraan dari ALU dan melaksanakan arahan.

Untuk setiap arahan yang diberikan , Unit Kawalan dalam CPU akan melakukan EMPAT operasi asas yang dipanggil kitaran mesin ( machine-cycle ). Empat kitaran mesin tersebut ialah
Angkut ( Fetching ), Terjemah  ( Decode ), Laksana ( Execute ) dan Simpan ( Store ).

Berikut adalah kitaran mesin:-

i. Angkut ( Fetching )
Unit Kawalan ( Control Unit ) akan mengangkut ( fetch ) arahan program dan data dari ingatan utama (RAM).

ii. Terjemah ( Decode )
Unit Kawalan akan menterjemah ( decode ) arahan dan pindahkan data yang diperlukan dari memori ke Unit Aritmetik dan Logik (ALU).

iii. Laksana ( Execute )
Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan melaksanakan ( Execute ) arahan aritmetik dan logik.

iv. Simpan ( Storing )
Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan menyimpan hasil pemprosesan ke dalam ingatan utama ( RAM ) atau ke dalam storan sekunder.


Proses kitaran pemprosesan maklumat ini berteusan satu demi satu sehinggalah arahan terakhir program tersebut dilaksanakan.

Data yang telah diproses akan dipindahkan ke dalam storan. Storan adalah tempat untuk menyimpan data, arahan serta maklumat untuk kegunaan pada masa hadapan. Komputer menggunakan storan untuk menyimpan perisian sistem dan perisian aplikasi. Ia terdiri daripada storan utama dan storan kedua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: SUB TOPIK ::.

 

.:: Disclaimer ::.

Terma dan Syarat

Kandungan yang disediakan di blog ini adalah bertujuan untuk maklumat kepada pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kesalahan maklumat yang terdapat di dalam blog .Pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian dan kerosakan daripada paparan maklumat atau penggunaan maklumat tersebut.

Komen Pada Blog :
Pemilik adalah bertanggungjawab mengubah ataumemadamkan mana mana komen yang di hantar di dalam bog ini sama ada dari segi spam, komen yang tidak senonoh , menyinggung perasaan orang lain...





.:: Contact Us ::.

DPLI - IT UnisZa Group B

Group Compsys6


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Gong Badak Campus

Gong Badak

21300 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

MALAYSIA

Email Group : compsys6@yahoo.com

.:: Followers ::.