Khamis, 22 November 2012

STORAN

2.2 PERKAKASAN
2.2.4 STORAN

Hasil Pembelajaran :

  1. Menjelaskan jenis dan fungsi storan :
    • Storan Utama (RAM, ROM)
    • Storan Kedua (Medium Magnet, Magnet Optik, Ingatan Kilat
2.2.4 Storan
Rajah 2.31: Contoh Peranti Storan
  • Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa. Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
  • Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu
    • Storan primer 
    • Storan sekunder
  • Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory)
  • Sementara itu, storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program komputer dan dokumen. 
  • Storan primer pada sesebuah komputer bersifat 'volatile' atau meruap manakala storan sekunder adalah 'non-volatile' atau tidak akan terjejas walaupaunn arus tidak lagi melaluinya.
  • Muatan data di dalam peranti storan, utama atau sekunder, disukat dengan menggunakan sukatan bait iaitu KB(kilobait, MB(megabait), GB(gigabait) dan TB(terabait).

Pengukuran Data Dalam Sistem Komputer.

BIT = A BINARY DIGIT SET TO EITHER A '1' OR '0'
BYTE = 8 BITS
KB   KILOBYTES = 1,000 BYTES
MB   MEGABYTES =  1,000,000 BYTES
GB   GIGABYTES = 1,000,000,000 BYTES
TB   TERABYTES = 1,000,000,000,000 BYTES
PB   PETABYTE = 1,000,000,000,000,000 BYTES
EB    EXABYTE = 1,000,000,000,000,000,000 BYTES
ZB   ZETTABYTE = 1,000,000,000,000,000,000,000 BYTES
YB   YOTTABYTE = 1,000,000,000,000,000,000,000,000 BYTES

i - Storan Primer (RAM, ROM)
  • Storan primer berada berasingan dengan CPU tetapi ia selalu berinteraksi atau dicapai oleh CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu  :
    • Ingatan Capaian Rawak (RAM)
    • Ingatan Baca Sahaja (ROM) 
    Ingatan Capaian Rawak (RAM)
  • RAM merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU. Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suiz elektrik dimatikan, semua data yang disimpan dalam RAM akan hilang.  
  • Fungsi RAM adalah seperti berikut :
  • Rajah 2.32 : RAM
    • Menyimpan aturcara sistem pengendalian dan perisian sistem yang bertindak sebagai antara muka di antara perkakasan dan aturcara aplikasi dan juga mengawal sumber komputer.
    • Menyimpan aturcara perisian aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data semasa perisian tersebut digunakan.
    • Menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima untuk peranti input atau storan sekunder untuk diproses atauuntuk dihantar ke peranti output atau storan sekunder selepas pemprosesan.
    • meyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan.
    • Menyediakan ruang storan tambahan kepada aturcara atau data jika diperlukan. ini berlaku jika komputer mempunyai ruang storan ingatan yang berlebihan.

     Ingatan Baca Sahaja (ROM)
Rajah 2.33: Cip ROM

  • Cip ingatan baca sahaja (ROM) mempunyai aturcara yang dimuatkan semasa pengilangan. Ciip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna. Ia telah ditetapkan semasa diperingkat kilang lagi.
  • "Baca sahaja" bermaksud CPU boleh membaca atau mencapai aturcara yang ditulis dalam cip ROM. Di antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer, kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set aturcara rutin asas dalam komputer.

Rajah 2.34: Konfigurasi BIOS

  • BIOS boleh dilihat semasa komputer mula-mula dihidupkan. Ia memaparkan maklumat perkakasan komputer dalam beberapa saat sahaja. Untuk mencapai atau mengkonfigurasi BIOS, anda boleh menekan beberapa kunci seperti DEL atau F2 atau F10 pada papan kekunci.
  • Fungsi ROM adalah untuk menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti arahan menghidupkan komputer, bahasa penterjemah aras tinggi dan sistem pengoperasian.

ii - Storan Sekunder
  • Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa.
  • Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dihapuskan. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dalam bentuk magnetik, optik atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga.
  • Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.
      Fungsi Storan sekunder adalah seperti berikut :
  •  Menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa.
  • Menyimpan program sistem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah komputer.
  • Menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utiliti seperti Microsoft Office, Winrar, Kaspersky , Antivirus dan sebagainya.

       Antara jenis-jenis storan sekunder ialah :



Jadual 2.5: Storan Primer dan Storan Sekunder

Rajah 2.38 : Pergerakan Data di antara Storan


Share on :

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: SUB TOPIK ::.

 

.:: Disclaimer ::.

Terma dan Syarat

Kandungan yang disediakan di blog ini adalah bertujuan untuk maklumat kepada pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kesalahan maklumat yang terdapat di dalam blog .Pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian dan kerosakan daripada paparan maklumat atau penggunaan maklumat tersebut.

Komen Pada Blog :
Pemilik adalah bertanggungjawab mengubah ataumemadamkan mana mana komen yang di hantar di dalam bog ini sama ada dari segi spam, komen yang tidak senonoh , menyinggung perasaan orang lain...





.:: Contact Us ::.

DPLI - IT UnisZa Group B

Group Compsys6


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Gong Badak Campus

Gong Badak

21300 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

MALAYSIA

Email Group : compsys6@yahoo.com

.:: Followers ::.