Rabu, 31 Oktober 2012

SUMBER TERBUKA (OPEN SOURCE)

PERKEMBANGAN SEMASA DAN MASA DEPAN

Logo perisian sumber terbuka
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  • Memberi denisi perisian sumber terbuka
  • Menerangkan sistem pengoperasian sumber terbuka dan contohnya
  • Menerangkan perisian aplikasi sumber terbuka dan contohnya
PERISIAN SUMBER TERBUKA

Apakah itu Perisian Sumber Terbuka?

Perisian sumber terbuka adalah perisian percuma yang bebas diguna dan juga boleh didapati dalam bentuk kod sumber dan lain - lain hak tertentu yang biasanya dikhaskan dibawah lesen sumber terbuka.Ia membenarkan pengguna untuk mengkaji, mengubah, memperbaiki dan pada masa - masa tertentu juga untuk mengedarkan perisian.

Ciri - ciri Perisian Sumber Terbuka:


Pengedaran semula bebas

  • Tidak memerlukan sebarang royalti atau lain - lain bayaran bagi penjualan tertentu.
Kod sumber

  • Dibekalkan dengan kod sumber dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil.
Keutuhan kod pencipta kod sumber

  • Perlu mematuhi lesennya GPL yang mana perisian boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Kos mendapatkan perisian rendah

  • Murah kerana ia boleh dimuat turun dari internet atau laman sesawang penciptanya atau kumpulan yang menyelenggara. 
Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka

  • Suatu set program - program komputer yang paling kompleks dan berfungsi dalam mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan.
  • Menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang.
  • Boleh diperolehi secara terus dari laman sesawang penciptanya dengan memuat turun atau meminta untuk menghantarkan CD terus ke rumah.
  • Boleh memuat turun kod sumbernya untuk tujuan penambahbaikan bagi pengguna yang mempunyai pengetahuan dan berkebolehan.
  • Antara contoh perisian sistem pengoperasian terbuka:
    • Haiku
    • Logo Haiku
      • dikenali sebagai OpenBeOS
      • pembangunan yang direka dari bawah ke atas untuk komputer
      • diinspirasikan oleh BeOS
      • memberikan pengguna semua peringkat dengan pengalaman pengkomputeran peribadi yang mudah lagi berkuasa dan bebas daripada kerumitan
    • OpenSolaris
    • Logo OpenSolaris
      • dicipta oleh Sun Microsystems untuk membina komuniti pemaju teknologi sistem pengoperasian Solaris
    • Linux
      • sistem operasi komputer mirip Unix
      • contoh paling baik bagi pembangunan perisian bebas dan sumber terbuka
      • kod sumbernya yang boleh diubah suai, digunakan dan disebarkan oleh sesiapa sahaja
      • antara yang digemari
      • Logo Linux
        • RedHat
        • CentOS
        • SUSE
        • Ubuntu
        • Android
Perisian Aplikasi Sumber Terbuka

  • Digunakan untuk memudahkan atau membantu pengguna dalam tugas seharian.
  • Membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks. imej dan maklumat lain yang terdapat di laman sesaawang.
  • Boleh diperolehi secara terus dari laman sesawang penciptanya iaitu dengan memuat turun atau meminta untuk menghantar CD ke rumah.
  • Percuma dan boleh digunakan tanpa sebarang syarat dan sekatan.
  • Pengguna yang memiliki pengetahuan dan kebolehan boleh memuat turun kod sumbernya untuk tujuan penambahbaikan.
  • Antara contoh perisian aplikasi sumber terbuka:
  • Editor Grafik
    • Editor Grafik
      • Gimpshop - menjadi saingan kepada Adobe Photoshop
      • Xara Xtreme - sesuai untuk semua keadaan untuk platform Linux dan Unix
      • Synfig - program animasi vektor 2D sesuai untuk mereka yang menghasilkan kartun
    • Pemain Media
    • Pemain Media
      • Media Player Classic - versi termaju dari program Windows Media Player yang menawarkan sokongan fail AVI untuk sari kata dan sokongan fail Quick Time dan Real Video
      • VLC - program mudah alih untuk pemain multimedia yang berbilang platform dan pelayan streaming
      • XboxMediaPlayer - pemain multimedia daripada Microsoft yang berguna untuk melihat fail media seperti  VOB, AVI, MP3 dan lain - lain
    • Pejabat
    • Pejabat
      • OpenOffice.org - serasi dengan pelbagai OS berlainan seperti linux, Microsoft Windows, Solaris, OpenVMS, IRIX dan Mac OS X
      • KOffice - disepadukan untuk KDE ( K Dekstop Environment) yang terdiri daripada pelbagai aplikasi
      • NeoOffice - pakej pejabat OpenOffice.org yang dipindahkan ke Mac OS X
    • Pelayar Web
      • Konqueror - sebahagian KDE yang hebat untuk Linux yang mempunyai ciri - ciri sama dengan Firefox
      • Lynx - berbilang serasi dengan Unix, Windows dan Mac
      • Mozilla Firefox - yang pantas, berkuasa dan selamat serta serasi dengan Linux dan Windows
    • E-mel Pelanggan
    • E-mel Pelanggan
      • Thunderbird - selamat dengan beberapa pilihan penyesuaian untuk memenuhi keperluan pengguna
      • Evolusi - lebih popular sebagai Outlook bagi platform Linux, kalendar, buku alamat dan ciri - ciri lain
      • ICEMail - sokongan Java untuk standard e-mel yang terbaru 
    • Perkongsian Fail & FTP
    • FTP
      • CoreFTP - membolehkan proses muat naik/ muat turun / padam fail dan direktori, integrasi dengan pelayar web dan kebenaran pengendalian fail
      • FileZilla - percuma, cepat dan boleh dipercayai serta serasi dengan Windows
      • LimeWire - perkongsian fail Gnutella adalah platform berbilang yang membolehkan pelanggan berkongsi pelbagai jenis fail.
Share on :

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: SUB TOPIK ::.

 

.:: Disclaimer ::.

Terma dan Syarat

Kandungan yang disediakan di blog ini adalah bertujuan untuk maklumat kepada pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kesalahan maklumat yang terdapat di dalam blog .Pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian dan kerosakan daripada paparan maklumat atau penggunaan maklumat tersebut.

Komen Pada Blog :
Pemilik adalah bertanggungjawab mengubah ataumemadamkan mana mana komen yang di hantar di dalam bog ini sama ada dari segi spam, komen yang tidak senonoh , menyinggung perasaan orang lain...





.:: Contact Us ::.

DPLI - IT UnisZa Group B

Group Compsys6


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Gong Badak Campus

Gong Badak

21300 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

MALAYSIA

Email Group : compsys6@yahoo.com

.:: Followers ::.