Isnin, 5 November 2012

PROGRAM UTILITI (UTILITIES PROGRAM)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  • Menyatakan perbezaan antara jenis dan kegunaan program utiliti iaitu perlindungan virus, pemampatan data dan pengurus fail.

DEFINISI
- Merupakan perisian sokongan yang membantu kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan  perisian aplikasi.
- Terdapat dua jenis iaitu:
         o  disepadukan dengan sistem pengendali
Perisian utiliti dalam windows
         o  dipasang secara berasingan
- Contoh perisian utiliti yang biasa digunakan ialah:
          o  Disk clean-up
          o  Disk defragmenter
          o  Perisian antivirus
          o  Penjagaan cakera keras
          o  Sistem sandaran (back-up)
          o  Utiliti arkib (archiever)
          o  Utiliti pemampatan (compression)
          o  Utiliti penyulitan (encryption)

JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERISIAN UTILITI

Perlindungan Virus (Anti-virus)

Contoh perisian perlindungan virus
- Berfungsi mengimbas, menangkis dan melindungi data komputer dari serangan virus.- Bertindak dengan mengimbas cakera keras, ingatan kilat dan ingatan utama bagi mengesan serta menghapuskan virus tersebut.
- Perisian ini perlu sentiasa dikemaskini (up-to-date) bagi memastikan fail tandatangan virus (virus signature) sentiasa diperbaharui dengan jenis-jenis ancaman virus terkini.
- Pengguna perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengimbas setiap fail yang dipindah turun dari internet.
- Contoh perisian seperti Norton, Avira, McAfee, Kaspersky dan Avast.


Pemampatan Data (Data Compression)

Contoh-contoh perisian pemampatan fail
- Digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail bagi
          o  Menjimatkan ruang penyimpanan
          o  Meningkatkan kelajuan penghantaran emel
          o  Mengurangkan masa memuat turun fail
- Antara fail-fail yang biasanya dimampatkan ialah fail dokumen, video, grafik ataupun audio.
- Fail yang dimampatkan ini dipanggil fail termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar.
- Fail termampat perlu dinyah mampat (unzipped) sebelum boleh digunakan.
- Contoh perisian seperti WinZip, WinRAR dan PKZIP.


Pengurus Fail (Fail Management)

Contoh perisian pengurus fail iaitu Pc Man
- Digunakan untuk menguruskan fail pada cakera keras. Ia menyediakan fungsi untuk
          o Hapuskan (delete)
          o Salinan (copy)
          o Pindah (move)
          o Namakan (rename)
- Ia juga memberikan kemudahan untuk pengisihan dan paparan pada direktori fail.
- Contoh perisian ialah Windows Explorer, Root Explorer dan Power Desk.


Pengimbas cakera (Disk Scanner) dan Pembersih Cakera (Disk Clean-up)


- Perisian Pengimbas Cakera berupaya mengesan dan membaiki masalah logic dan fizikal yang biasa terdapat pada cakera keras, cakera liut ataupun ingatan kilat.
Proses mengimbas dan membersihkan cakera
- Contoh perisian ialah Norton Disk Doctor.

- Perisian Pembersih Cakera boleh mencari fail-fail yang tidak perlu seperti fail sementara (temp files) daripada perisian pelayar internet yang menyimpan fail internet, cookies dan sejarah (history).
- Contoh perisian ialah Windows Disk Clean-up dan XP Win Cleaner.
Share on :

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: SUB TOPIK ::.

 

.:: Disclaimer ::.

Terma dan Syarat

Kandungan yang disediakan di blog ini adalah bertujuan untuk maklumat kepada pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kesalahan maklumat yang terdapat di dalam blog .Pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian dan kerosakan daripada paparan maklumat atau penggunaan maklumat tersebut.

Komen Pada Blog :
Pemilik adalah bertanggungjawab mengubah ataumemadamkan mana mana komen yang di hantar di dalam bog ini sama ada dari segi spam, komen yang tidak senonoh , menyinggung perasaan orang lain...





.:: Contact Us ::.

DPLI - IT UnisZa Group B

Group Compsys6


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Gong Badak Campus

Gong Badak

21300 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

MALAYSIA

Email Group : compsys6@yahoo.com

.:: Followers ::.