Rabu, 7 November 2012

KONSEP SISTEM

2.1.1 Gambaran Keseluruhan Sistem Komputer


Gambar Rajah 2.1 Sistem Komputer


Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:-
                             
1) Memberi definisi sistem komputer
2) Menyatakan maksud peranti input, proses, output dan storan.
3) Menerangkan Kitaran Pemprosesan Maklumat termasuk input, proses, output dan storan.



2.1.1.1 Definisi Sistem Komputer

Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data ( input ) menerusi peranti-peranti tertentu seperti papan kekunci oleh pengguna. Data-data tersebut akan diproses ( proses ) menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan ( output ) menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak.
Maklumat tersebut juga boleh disimpan ( storan ) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.


Gambar Rajah 2.2 Sistem Komputer


2.1.1.2 Maksud input, proses, output dan storan. 
                           
i. Input

Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu.
Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
Peranti input mengkod maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital.


Kamera Digital
Mikrofon

Gambar 2.1: Contoh-contoh Peranti Input




ii. Proses

Komputer mempunyai unit melaksakan arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya kepada peranti output.

Ia dillakukan oleh Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ( Central Processing Unit ) yang berfungsi untuk memproses arahan, malaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer.

Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.

                                                     Gambar 2.2 : Unit Pemproses Pusat

iii. Output

Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input. Output akan di papar menerusi peranti output.

Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.
Pencetak
Pembesar Suara

Gambar 2.3 Contoh-contoh Peranti Output

iv. Storan

Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai diproses. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan untuk melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan. 

Peranti storan pula adalah medium yang digunakan oleh komputer untuk menyimpan data dan maklumat secara kekal atau sementara. 

Terdapat dua jenis storan:-
a. Storan Primer ( Primary Storage ) = RAM, Cache Memory, ROM.
b. Storan Sekunder ( Secondary Storage ) = Cakera Keras ( Hard-disk), Disket dan CD-ROM.
Pemacu Kilat
Cakera Keras


                                      Gambar 2.4 Contoh-contoh Peranti Storan


2.1.1.3 Kitaran Pemprosesan Maklumat Melibatkan Input, Proses, Output dan Storan

Komputer melaksanakan satu arahan dalam satu masa. Sebelum sesuatu arahan dilaksanakan, arahan dan data dari peranti input atau stroran kedua akan dipindahkan ke dalam ingatan utama ( RAM ).

Arahan dan data di masukkan ( input ) ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu seperti papan kekunci, tetikus dan sebagainya.

Kemudian arahan dan data tersebut dipindahkan ke dalam Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) untuk diproses. CPU berfungsi untuk mengawal semua aktiviti di dalam sistem komputer menerusi arahan-arahannya.

CPU terdiri daripada aritmetik logik ( ALU ) yang melaksanakan pengiraan Matematik dan unit kawalan yang mencapai arahan dari ingatan utama, menerima pengiraan dari ALU dan melaksanakan arahan.

Untuk setiap arahan yang diberikan , Unit Kawalan dalam CPU akan melakukan EMPAT operasi asas yang dipanggil kitaran mesin ( machine-cycle ). Empat kitaran mesin tersebut ialah
Angkut ( Fetching ), Terjemah  ( Decode ), Laksana ( Execute ) dan Simpan ( Store ).

Berikut adalah kitaran mesin:-

i. Angkut ( Fetching )
Unit Kawalan ( Control Unit ) akan mengangkut ( fetch ) arahan program dan data dari ingatan utama (RAM).

ii. Terjemah ( Decode )
Unit Kawalan akan menterjemah ( decode ) arahan dan pindahkan data yang diperlukan dari memori ke Unit Aritmetik dan Logik (ALU).

iii. Laksana ( Execute )
Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan melaksanakan ( Execute ) arahan aritmetik dan logik.

iv. Simpan ( Storing )
Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan menyimpan hasil pemprosesan ke dalam ingatan utama ( RAM ) atau ke dalam storan sekunder.


Proses kitaran pemprosesan maklumat ini berteusan satu demi satu sehinggalah arahan terakhir program tersebut dilaksanakan.

Data yang telah diproses akan dipindahkan ke dalam storan. Storan adalah tempat untuk menyimpan data, arahan serta maklumat untuk kegunaan pada masa hadapan. Komputer menggunakan storan untuk menyimpan perisian sistem dan perisian aplikasi. Ia terdiri daripada storan utama dan storan kedua.


Share on :

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: SUB TOPIK ::.

 

.:: Disclaimer ::.

Terma dan Syarat

Kandungan yang disediakan di blog ini adalah bertujuan untuk maklumat kepada pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kesalahan maklumat yang terdapat di dalam blog .Pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian dan kerosakan daripada paparan maklumat atau penggunaan maklumat tersebut.

Komen Pada Blog :
Pemilik adalah bertanggungjawab mengubah ataumemadamkan mana mana komen yang di hantar di dalam bog ini sama ada dari segi spam, komen yang tidak senonoh , menyinggung perasaan orang lain...





.:: Contact Us ::.

DPLI - IT UnisZa Group B

Group Compsys6


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Gong Badak Campus

Gong Badak

21300 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

MALAYSIA

Email Group : compsys6@yahoo.com

.:: Followers ::.