Sabtu, 3 November 2012

PELUASAN PENGKOMPUTERAN (PERVASIVE COMPUTING)


PERKEMBANGAN SEMASA DAN MASA DEPAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  • Menerangkan peluasan pengkomputeran (pervasive computing) dan contohnya.
PELUASAN PENGKOMPUTERAN (PERVASIVE COMPUTING)

Apakah itu Peluasan Pengkomputeran?

Peluasan Pengkomputeran
  • Penggunaan teknologi perkomputeran digunakan meluas dan ianya diserapkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian kita di mana pengguna tidak menyedari terdapatnya teknologi perkomputeran yang terpasang di dalam peranti - peranti yang digunakan secara meluas.
  • Ia menggunakan teknologi laman sesawang, peranti mudah alih, komunikasi tanpa wayar dan sistem perkomputeran yang asas.
  • Keupayaan untuk menyampaikan maklumat menerusi sebarang rangkaian dapat ditingkatkan kerana dilengkapi dengan komputer terpasang dalam, dirangkaikan dan ianya dihubungkan dengan teknologi tanpa wayar.
  • Perantinya, bukannya komputer peribadi, tetapi ianya bersaiz sangat kecil sehinggakan ia sukar dilihat, mudah alih dan terpasang di dalam objek yang dapat dilihat di mana peranti - peranti ini boleh bersambungan dan berkomunikasi melalui rangkaian - rangkaian.  
  • Antara contoh peranti peluasan pengkomputeran:
  • Peranti GPS
    • Peranti GPS di dalam kenderaan
      • merupakan satu peranti penunjuk arah
      • sentiasa berkomunikasi dengan satelit untuk menentukan lokasi longitud dan latitud semasa
      • dipadankan dengan peta yang terdapat di dalam peranti berkenaan
    • Kereta Hybrid
    • Logo Kereta Hybrid
      • menggunakan tenaga elektrik dan sedikit bahan api untuk  menggerakkan kereta berkenaan
      • terdapat maklumat konseptual dan sistem pandu arah
      • menyediakan teknologi untuk meningkatkan penggunaan media semasa memandu
      • menawarkan alat - alat komunikasi untuk pemandu dan penumpang
    • Telefon Pintar
      • menggabungkan semua teknologi semasa 
      • menawarkan kemudahan mudah alih kepada pengguna seperti internet, perisian pejabat, telefon telesidang, sistem pandu arah dan sebagainya
    • SmartTAG
    • Lorong SmartTAG
      • Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol
      • kenderaan yang dilengkapi lat ini tidak perlu berhenti atau membuka tingkap untuk  membayar tol
      • hanya perlu memperlahankan kenderaan
      • secara automatik, baki akaun prabayar tol pengguna akan ditolak mengikut perkadaran tol semasa
Share on :

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: SUB TOPIK ::.

 

.:: Disclaimer ::.

Terma dan Syarat

Kandungan yang disediakan di blog ini adalah bertujuan untuk maklumat kepada pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kesalahan maklumat yang terdapat di dalam blog .Pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian dan kerosakan daripada paparan maklumat atau penggunaan maklumat tersebut.

Komen Pada Blog :
Pemilik adalah bertanggungjawab mengubah ataumemadamkan mana mana komen yang di hantar di dalam bog ini sama ada dari segi spam, komen yang tidak senonoh , menyinggung perasaan orang lain...





.:: Contact Us ::.

DPLI - IT UnisZa Group B

Group Compsys6


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Gong Badak Campus

Gong Badak

21300 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

MALAYSIA

Email Group : compsys6@yahoo.com

.:: Followers ::.