2.2.2 PERANTI OUTPUT
Hasil Pembelajaran :
- Mengenalpasti Peranti Output yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video.
2.2.2 Peranti Output
- Peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna.
- Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. diantara contoh-contoh peranti output adalah seperti :
i - Monitor
Rajah 2.22 : LCD Monitor |
Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan komputer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube, LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.
ii - Projektor LCD
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau kawasan yang luas.
iii - Pencetak
Rajah 2.24 : Pencetak |
Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenalai salinan Hard Copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai Soft Copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah Pencetak Bubble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.
Rajah 2.25 : Pembesar Suara |
iv - Speaker Audio
Speaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan