2.2.3 PAPAN IDUK
Hasil Pembelajaran :
- Mengenalpasti lokasi Unit Pemprosesan Pusat (CPU), slot pengembangan, Slot RAM, parts dan connectors pada papan induk.
2.2.3 Papan Induk
ii - Slot dan Papan Pengembangan (Slots dan Expansion Cards)
Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sesebuah komputer.
Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan. Antaranya ialah Slot Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Slot dan Kad Pengembangan, Slot RAM, Parts dan Connectors.
Rajah 2.26 : Papan Induk |
i - Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
- CPU merupakan nadi kepada komputer. Ia merupakan cip kecil yang bertugas dalam memproses data pada kelajuan yang tinggi.
- Ia dipasang pada papan induk dan disejukkan dengan sistem pendingin kipas. Pemasangan CPU mestilah menepati spesifikasi papan induk yang telah ditetapkan dari kilang.
- CPU dilekatkan pada soket yang telah ditetapkan mengikut jenis CPU. Contohnya, jenama INTEL, AMD dan sebagainya.
- Biasanya lokasi CPU adalah terletak ditengah-tengah papan induk dan dilitupi sistem penyejuk kipas.
Rajah 2.28: Cara CPU dipasang |
- Slot pengembangan adalah soket pada papan induk yang membolehkan kad pengembangan dipasang.
- Kad pengembangan juga disebut papan tambahan atau adapter atau kad. Ia adalah papan litar yang memberikan lebih kawalan untuk peranti input dan memberi hasil yang lebih bagi peranti output.
- Kad pengembangan dipalam ke slot dalam unit sistem. Port di kad membolehkan kabel disambung dari kad tambah ke peranti yang berada di luar unit sistem.
- Antara kad pengembangan yang biasa dipasang adalah :
iii - Slot Ingatan RAM
Rajah 2.29: RAM |
Slot ingatan RAM merupakan slot untuk menematkan cip RAM. Kebanyakan komputer mempunyai senibina terbuka, iaitu kita boleh membuat tambah ke atas ingatan-RAM. Cip RAM akan dipalam ke slot pada papan induk untuk memberi lebih ingatan dan seterusnya menambah keupayaan komputer dalam menyimpan lebih banyak arahan dan data sebelum dan selepas diproses.
iv - Ports dan Connectors Pada Papan Induk
Rajah 2.30: Port Pada Papan Induk |
Port adalah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem. Port membolehkan peranti perisian atau input/output dipalam atau dihubung kepada komputer dan membolehkan peranti tersebut boleh berkomunikasi dengan sistem komputer. Kabel pula digunakan untuk menyambungkan peranti input dan output ke unit sistem melalui port seperti gambarajah di bawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan